Kesilapan dalam diet rendah-karbohidrat dan tinggi-protin

Photobucket

 

Kesilapan dalam diet rendah-karbohidrat dan tinggi-protin

1) Memulakan diet dengan salah

Memulakan diet rendah-karbohidrat dan tinggi-protin sebenarnya amat mudah tapi ada yg menyangkakan yang dalam diet ini kita Cuma makan daging sahaja seharian dan ada juga yang tidak mengetahui dimana karbohidrat meyorok dalma makanan yang mereka ambil. Ini adalah resepi yang amat merbahaya.Semua orang perlu mempunyai pengetahuan asas tentang cara mengurangkan karbohidrat, makanan apa yang mengandungi karbohidrat dan bagaimana makan diet seimbang yang mempunyai rendah karbohidrat.

2) Cepat mengalah

Ada banyak cara dan pendekatan dalam diet rendah-karbohidrat dan tinggi-protin ini dan kadang-kadang ada juga kesilapan-kesilapan yang kita akan buat. Saya sendiri telah berdiet rendah-karbohidrat dan tinggi-protin  dengan susu diet Sd2 selama 3 setengah bulan dan kadang-kadang ada juga membuat kesilapan kerana tidak mengkaji terlbih dahulu diet yang sebenar dan yang efektif. Kalau anda ingin memulakan diet rendah-karbohidrat dan tinggi-protin cuba dapatkan seberapa banyak maklumat yang boleh seperti di blog saya di imejbaru.wordpress.com dan juga dapatkan bimbingan daripada mereka yang sudah lama mengamalkan diet ini seperti saya. Saya juga banyak membimbing pelanggan-pelanggan saya yang telah membeli Sd2 dengan saya untuk kurus dan sihat ini.

Apa yang perlu anda ingat ialah ianya tidaklah sepanjang masa berkesan kerana anda perlu cuba mencari diet yang betul-betul berkesan untuk diri anda dan kadang-kadang anda pelu mengubah diet rendah-karbohidrat dan tinggi-protin anda itu.Ada kemungkinan kita akan cepat mengalah apabila diet rendah-karbohidrat dan tinggi-protin  tidak berkesan untuk kita dengan sempurna. Antara contoh kesilapan yang mungkin kita akan buat ialah makan terlalu sedikit karbohidrat yang akan menyebabkan badan kita kekurangan karbohidrat dan apabila ini berlaku kita terus mengalah. Ini merugikan kerana dengan sedikit pembetulan dalam diet kita, kita boleh melalui diet rendah-karbohidrat dan tinggi-protin pada minggu pertama dengan selesa dan mencapai hasil yang menakjubkan dihujung perlananan kita ini.

3) Tidak cukup sayur

Kerap kali mereka yang mengamalkan diet rendah karbohidrat ini memberitahu yang mereka rasa tidak sedap badan apabila mengamalkan diet rendah karbohidrat ini dan rupa-rupanya mereka langsung tidak makan sayuran dan buah-buahan. Cara ini tidak akan berkesan dalam jangka masa panjang. Anda perlu makan banyak sayur dan buah-buahan. Bagaimanapun, pastikan buah-buahan anda itu rendah gula dan karbohidrat kerana ada buah-buahan yang amat tinggi karbohidratnya seperti durian dan pisang.

4) Tidak cukup lemak dan karbohidrat

Ini juga satu masalah besar. Diet rendah karbohidrat ini bukan bermakna anda tidak boleh langsung makan makanan yang ada karbohidrat dan lemak. Ada yang mengamalkan diet rendah karbohidrat dan rendah-lemak. Pada peringkat permulaan ianya mungkin berkesan kerana anda menggunakan lemak badan yang sedia ada tapi lama kelamaan, penurunan berat badan anda akan berkurangan. Jika tiada langsung lemak dan karbohidrat dalam diet anda, anda akan menjadi cepat lapar dan ini akan menjejaskan diet anda kerana apabila anda lapar, ada kecenderungan anda akan melanggar diet anda itu.

5) Tidak cukup serat

Meneruskan pemakanan sayuran dan buah-buahan memastikan anda mendapat cukup serat dalam diet harian anda. Ada banyak sumber makanan yang mengandugi serat tetapi rendah karbohidrat dan anda perlu makan makanan sebegini.Antara makanan yang tinggi serat tapi rendah karbohidrat ialah flax seeds,broccoli, bayam, bunga kobis, celery, aspragus dan terung.

About knowledgecentre

Assalamualaikum dan Salam sejahtera Thank you and terima kasih for visiting my humble blog. Saya ialah seorang guru dan trainer bahasa Inggeris sepenuh masa semenjak 2006 tetapi saya telah berkecimpung dalam bidang latihan semenjak 1996 lagi. Buat masa ini kursus-kursus bahasa Inggeris saya dibuat di pusat latihan saya di Sunway, Petaling Jaya. Saya juga menjalankan kursus untuk syarikat-syarikat korporat dan pernah melatih pekerja-pekerja dari:- i. KWSP ii. Kementerian Kesihatan Malaysia iii. Jabatan Perangkaan Malaysia iv. FAMA v. Majlis Daerah Gombak vi. Jabatan Kesihatan Terengganu vii. Kementerian Pertahanan viii. SCA Packaging Malaysia ix. Platinum Victory Sdn. Bhd. Antara kursus-kursus yang saya tawarkan ialah:- i. Fundamentals of English Grammar ii. English grammar for business communication. iii. Basic English conversation. iv. Practising proper English at your workplace. v. Public speaking vi. Intermediate English grammar - The verb tenses Saya boleh dihubungi di cikgutuition@yahoo.com atau di 0193090711. Mohd Yusoff Noordin
This entry was posted in Info pemakanan sihat. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s