Kenapa kita perlu kurangkan nasi dalam diet kita?

Kandungan nutrisi nasi

Anda mungkin tertanya-tanya kenapakah dalam hampir semua diet yang disarankan oleh doktor, pakar pemakanan dan juga oleh mereka yang pernah berdiet, mereka semua akan memberitahu anda untuk mengurangkan pengambilan nasi atau kalau boleh, terus tinggalkan nasi yang kita dari kecil sudah mula makan dan ianya sudah menjadi sebahagian dari kehidupan yang kita rasa amat sukar atau mustahil untuk kita tinggalkan.

Pada saya MUDAH sahaja kenapa kita perlu kurangkan pengambilan nasi atau macam dalam kes saya, saya terus berhenti mengambil nasi 4 bulan lepas dan sampai sekarang saya belum mula mengambil nasi lagi.Perhatikan sahaja kandungan nutrisi semangkuk nasi di atas. Ini kandungan semangkuk sahaja ya.Biasanya kita akan ambil lebih dari semangkuk.Katakanlah semangkuk sekali makan dan kita makan nasi 3 kali sehari dan ini bermakna kita ambil 3 mangkuk dan oleh itu kandungan nutrisi nasi di atas anda perlu kalikan dengan tiga.

Kalau kita makan dua mangkuk sekali makan (makan bertambah) maka anda perlulah kalikan dengan enam, kandungan nutrisi nasi di atas ini.

Sekali kita makan semangkuk nasi, kandugan kalorinya 204kcal,karbohidratnya 44gram dan sodium(garam) 577 gram.

Kandungan kalori merupakan 10% daripada kehendak kalori harian kita berdasarkan kehendak harian kalori 2,000 kcal. Sesetengah pihak pula mengatakan kita cuma perlu 1,800 kcal sahaja jika kita sekadar bekerja di pejabat yang tidak memerlukan tenaga yang tinggi dan ini bermakna semangkuk sudah 11.33% dari keperluan harian kita.

Berdasarkan kehendak harian kalori 2,000 kcal jika kita makan 6 mangkuk nasi kita sudah memenuhi 60% dari kehendak kalori harian kita.Belum 100% lagikan? Tapi ini baru nasi.Belum kita campur dengan lauk-lauk kita yang banyak minyak tu. itu belum kta campurkan lagi dari minuman-minuman kita.

NAsi juga mengandungi karbohidrat yang tinggi iaitu 44 gram semangkuk. Itulah sebabnya nasi antara yang patut anda elakkan semasa berdiet dengan Sd2 dan AlphalipidSd2 kerana dalam diet ini kita perlu kurangkan pengambilan diet serendah 35 gram sahaja sehari.Ada sebabnya kenapa kerana biasanya badan kita menggunakan karbohidrat dari nasi dan makanan lain yang kita makan itu sebagai tenaga. Masalahnya ialah selalunya jumlah karbohidrat yang kita ambil itu lebih daripada yang badan kita perlukan. Apabila karbohidrat yang kita ambil lebih banyak dari yang diperlukan badan kita, ada lebihan karbohidrat dalam badan kita.

LEBIHAN KARBOHIDRAT dalam badan akan DITUKAR ke LEMAK.

Apabila kita kurangkan pengambilan karbohidrat dalam badan kita, maka karbohidrat yang kita ambil kurang daripada yang diperlukan badan kita. Apabila situasi ini berlaku, proses KITOSIS akan berlaku dimana badan kita akan mula membakar lemak dalam badan kita untuk mendapatkan tenaga.Sd2 dan AlphalipidSd2 akan membantu kita untuk mempecepatkan pembakaran lemak ini.

KEKURANGANG KARBOHIDRAT dalam badan akan menyebabkan BADAN membakar LEMAK yang sediaada dalam badan kita.

Ada lagi sebab-sebab lain kenapa kita perlu kurangkan pengambilan nasi dan saya akan terangkan dalam artikel di masa akan datang.

INGAT!

KURANG KARBOHIDRAT + SD2 atau ALPHALIPIDSD2 = TURUN BERAT BADAN!

About knowledgecentre

Assalamualaikum dan Salam sejahtera Thank you and terima kasih for visiting my humble blog. Saya ialah seorang guru dan trainer bahasa Inggeris sepenuh masa semenjak 2006 tetapi saya telah berkecimpung dalam bidang latihan semenjak 1996 lagi. Buat masa ini kursus-kursus bahasa Inggeris saya dibuat di pusat latihan saya di Sunway, Petaling Jaya. Saya juga menjalankan kursus untuk syarikat-syarikat korporat dan pernah melatih pekerja-pekerja dari:- i. KWSP ii. Kementerian Kesihatan Malaysia iii. Jabatan Perangkaan Malaysia iv. FAMA v. Majlis Daerah Gombak vi. Jabatan Kesihatan Terengganu vii. Kementerian Pertahanan viii. SCA Packaging Malaysia ix. Platinum Victory Sdn. Bhd. Antara kursus-kursus yang saya tawarkan ialah:- i. Fundamentals of English Grammar ii. English grammar for business communication. iii. Basic English conversation. iv. Practising proper English at your workplace. v. Public speaking vi. Intermediate English grammar - The verb tenses Saya boleh dihubungi di cikgutuition@yahoo.com atau di 0193090711. Mohd Yusoff Noordin
This entry was posted in Info pemakanan sihat. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s